Sunday 23 September 2012

Mengapa Perlu Begitu??


hai-II (sambil-II lambai tangan).. actually Syida ngah dok buat report untuk final projek & awal bulan Oktober nie dah kena menjejakkan kaki ke kolej tercinta semula untuk presentation final projek.. huh!!! agak tension sedikit dengan report, ditambah lagi dengan masalah yang bersarang dah sekian lama kat dalam otak Syida nie.. tengah dok membusykan diri dengan report tiba-II Syida teringat akan something.. tu yang dok mengada wat entry nie (hikhik.. ketawa gedik) lagipun lau boleh Syida dah tak nak tinggalkan blog nie lama-II macam dulu..

oppssss, panjangnya plak mukadimah Syida kali nie.. jom-II back to topik..
Mengapa Perlu Begitu????
pertanyaan di atas selalu sangat bermain dalam fikiran Syida sekarang nie.. hampir setiap hari, konfom Syida akan teringat akan pertanyaan yang sedemikian.. MENGAPA?? KENAPA?? Syida pun tak tahu mengapa & kenapa..

okay-II, alkisahnya macam nie.. Syida agak pelik sedikit dengan sikap segelintir kaum Adam nie.. kalau tak suka kat insan yang bergelar Hawa, tak payah la dok maki hamun diaorang dengan perkataan kesat & yang boleh menyinggung perasaan mereka.. nie tak, dok maki hamun sesuka hati diaorang jer.. ingat kaum Hawa nie takde perasaan ke.. huh!!! geram sungguh hati Syida nie..

wahai kaum Adam,
ingatlah, awak semua dapat melihat dunia disebabkan oleh kaum Hawa yang sanggup untuk membawa dua jasad dalam diri mereka selama 9 bulan lebih, selepas itu sanggup untuk berkorban nyawa melahirkan awak semua.. tak pernah ke korang fikir??

tahukah awak semua, syurga itu berada di bawah telapak kaki seorang insan yang bernama IBU dan insan itu juga merupakan kaum HAWA.. mengapa perlu awak-II menghina dan memaki hamun kaum hawa sesuka hati awak semua?? pernahkah awak semua terfikir, jika ibu anda berada di tempat insan yang anda hina & maki hamun tu.. bagaimanakah perasaan mereka, terguris,kecewa,terluka ke tak??

okay-II, take it easy Syida (pesan pada diri agar sentiasa mengawal emosi).. entry ini just sebagai perkongsian apa yang terlintas di fikiran Syida selama nie.. apa-II pun, Syida tak la menyalahkan 100% kepada kaum Adam sebab kaum Hawa pun ada juga yang bersikap macam tu..

so, lastly from me.... apa-II pun keadaan, janganlah kita memaki hamun dan menghina orang lain mengikut sesedap perisa yang kita nak.. fikirkanlah juga baik buruknya..

segala dosa kita terhadap Allah, insya'allah kita memperolehi keampunan dari-Nya.. tapi dosa terhadap sesama manusia, jika tidak mendapat pengampunan dari insan tersebut akan membuat kita hidup dalam keadaan yang tidak tenang..
renung-II kan lah dan selamat beramal.. Syida minta maaf andai coretan Syida kali nie ada mengguris hati sesetengah pihak.. Syida pun bukannya baik sangat cuma Syida rasa tak salah kiranya kita saling mengingati.. segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan segala yang buruk itu datangnya dari diri Syida sendiri..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Thursday 20 September 2012

My Love Will Always Be With You

hai all friend, stalker, silent reader n yang sewaktu dengannya.. rasanya dah terlalu lama Syida tak apdet blog, habukII, sawangII tak payah cakap la kan.. last Syida apdet 15 Jun yang lepas.. ha, sekarang dah 20 September lorh.. lama tu........... (O_o) eyh, korang lapII la sikit pc, lappy korang tu, kang tak leh nak baca lak entry Syida nie.. hehe... (ketawa cara gedik)
actually sekarang Syida tengah sedih sangatII.. (T_T) Syida tak sangka orang yang Syida sayang & cinta sangatII sanggup tinggalkan Syida..
awakII.........
entry nie saya buat khas untuk awak.. saya nak awak taw yang saya masih sayang & cintakan awak.. saya tak dapat nak lupakan awak.. saya berharap sangatII awak akan kembali bersama saya lagi walaupun saya taw harapan saya itu akan jadi siaII tapi saya sanggup tunggu selagi hati saya masih memihak pada awak..
awak, awak ingat kan permulaan kisah kita.. semua tu saya masih ingat n masih segar dalam ingatan saya sampaikan kadangII saya rasa macam baru semalam jer kita kenal..
awak, video nie saya buat khas untuk awak..
segala kisah kita saya ceritakan dalam video nie..

saya minta maaf kalau awak tak suka tapi saya nak awak taw betapa pentingnya awak dalam hidup saya..
awak...
saya masih mengharapkan sinar bahagia itu kembali seperti dulu.. kasih sayang & cinta saya pada awak takkan semudah kata untuk dilupakan mahupun ditukar ganti..

andai awak taw, betapa rindunya saya pada awak di saat nie..rindu yang teramat sangat....... andai awak tengah bahagia bersama insan lain di saat ini, saya minta maaf sekiranya coretan ini mengganggu kebahagiaan awak.. saya masih akan tetap setia menunggu awak di sini & saya percaya andai telah tersurat jodoh ini ada buat kita, awak pasti akan kembali..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥