Friday 28 December 2012

Maafkan Aku /╯﹏╰\

terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku sejak akhir-II nie sampaikan aku rasa macam nak gila je melalui semua tu. memang aku akui, hidup kita sebagai manusia di muka bumi nie takkan terlepas dari setiap ujian & dugaan dariNya. tapi entah sampai bila aku akan terus mampu untuk bertahan.
sahabat pernah berkata "sampai bila kau nak terus bersabar macam nie. kalau aku, memang dah mengamuk dah lau orang yang aku sayang buat aku macam tu. sebab kau terlalu berlembut la orang selalu permainkan kau".
apa yang mampu aku lakukan hanyalah senyum & terus tersenyum dengan semua perkara yang aku hadapi. setiap kali masalah aku dengan si dia dapat di hidu oleh kawan-II, ayat itu lah yang akan selalu aku dengar. seperti tiada ayat lain yang dapat dilontarkan pada aku selain daripada ayat itu.
tapi sekarang, aku tak tahu, di manakah hilang nya rasa sabar dalam diri aku. aku tak tahu kenapa kali ini aku merasa kesabaran aku begitu tercabar. bukan niat untuk aku menunjukkan keegoan diri tapi aku sendiri tak tahu kenapa hati aku langsung tidak mahu berlembut.

terluka sangat kah aku?????
kecewa sangat kah aku?????
kosong kah hati aku di saat ini?????
mati kah rasa hati aku ini untuk dia?????

persoalan demi persoalan yang menerpa tapi satu pun tiada jawapan nya. apa lagi yang perlu aku lakukan? bukan niat aku untuk membenci mahupun menyimpan dendam tapi apa yang terjadi terlalu & terlalu melukai hati aku.
kadang-II aku terfikir,
  • aku kah yang bersalah dalam semua perkara yang terjadi ni??
  • aku kah yang tidak reti untuk menghargai??
  • aku kah yang tidak reti untuk mencintai??
  • aku kah yang tidak tahu untuk menjaga hati dia??
  • aku kah yang tidak memahami dia??
  • adakah aku terlalu mengawal setiap gerak geri dia sehingga kan dia merasa tidak selesa??
tanpa aku sedari, perlahan-lahan diri aku telah menghilang. hilang kerana terlalu memendam rasa.
apa yang pasti, buat insan yang aku sayang & cintai yang teramat sangat,
  • bukan niat diri ini untuk marah
  • bukan niat diri ini untuk terlalu menyalahi
  • bukan niat diri ini untuk membalas setiap kesalahan itu dengan cara yang serupa
  • bukan niat diri ini untuk melukai
apa pun yang terjadi, insya'allah perasaan aku tak akan pernah berubah. namun, seandainya perasaan ini bakal berubah, maafkan lah aku. namun aku percaya pada satu kata "andai telah tertulis jodoh itu ada buat kita, walau sejauh mana pun diri ini menjauh & berlalu pergi, suatu saat nanti pasti diri ini akan kembali lgi pada dirimu. namun, jika jodoh itu bukan buat kita, walau sekuat mana pun kita menggengam, walau serapat mana pun diri kita, pasti akan terpisah jua akhirnya"
p/s : aku terlalu menyayangi & menyintai kau. aku terlalu sayangkan hubungan kita. doa kan lah agar semua nya kan kembali seperti biasa lagi. doa kan lah agar hati aku ini dapat menjadi lembut kembali. sesungguhnya kehilangan & perpisahan itu amatlah menyakitkan. Only you in my heart, no one else & u know it

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Sunday 16 December 2012

Love U Mom


hye awak-II yang handsome, cantik, comel, manis.. baru berkesempatan nak apdet blog ni.. masa bukan tak ada tapi line tenet ni mengalahkan siput babi lembabnya.. hehe...

hari ni kan, Syida nak apdet pasal mummy Syida.. cayang mummy ketat-II tau.. muahh :* hehe... Syida bukan nak bercerita tapi Syida just nak tunjuk mummy Syida kat awak-II semua..

my mummy & adik..
comel kan mummy Syida..
Syida yang buat make over tau..
hehe...
suka sangat-II muka mummy Syida yang ni..

mummy Syida ni jarang sangat nak makeup, dia memang super duper simple.. kadang-II tu Syida tegur juga, try buat something different & new tapi jawapan dia "Mak dah tua, tak payah la nak berfesyen or bergaya macam orang muda"

huh... memang la kan, betul juga apa yang mak Syida cakapkan tapi tua or muda, semua orang berhak untuk mengikuti perkembangan dunia sekarang tak kira dalam apa jenis bidang sekali pun.. chewah, kemain lagi ko Syida.. hehehe.... tapi betul kan apa yang Syida cakapkan, yang penting kita tak terlalu over..

okay-II dah tak ada idea nak tulis apa lagi.. nanti-II kita jumpa di next entry.. hehe...

p/s : cayang mummy sangat-II.. terima kasih sebab dah besarkan Syida, bagi pelajaran pada Syida.. Syida minta maaf atas dosa-II & salah silap Syida yang zahir mahupun batin, dari hujung rambut hingga hujung kaki.. insya'allah, kalau di panjangkan umur, Syida akan cuba untuk bahagiakan mummy sampai ke akhir hayat..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥