Saturday 24 March 2012

Kontest - Dia Dihatiku, Dia Idamanku



hello-II!!! Syida nak join satu kontest nie.. dari hari tu dah Syida nak join tapi tak berkesempatan, nasib baek tak due date gi.. hehe.... apa lagi, meh r join reramai..

kat atas nie banner untuk kontest yang Syida nak join..
lau ada yang berminat, korang leh la klik banner tu ye..
nanti dengan lajunye akan menerjah ke owner blog yang membuat kontest nie..
hehe....

okay, lau korang nak tahu syarat-II untuk menyertai kontest nie, korang boleh la klikbanner kat atas tu ye.. syarat-II nye mudah je, percayalah.. hehe.... macam lagu Dato' Siti Nurhaliza lak kan.. perghh, merapu jap..

Syida nie tak kahwin lagi, so, Syida just boleh kemukakan ciri-II untuk pasangan hidup Syida je..
ini ciri-II nye :


1) Syida suka yang simple-II je
 
2) Syida tak suka lelaki yang memakai aksesori seperti perempuan kecuali cincin
 
3) Syida tak suka lelaki yang merokok terutamanya merokok depan Syida
 
4) yang paling penting bagi Syida, Syida nak lelaki yang boleh membimbing Syida ke jalan yang diredhai Allah, yang dapat memberi sepenuh kasih sayang kepada Syida dengan ikhlasnya kerana Allah S.W.T
bagi Syida, ciri-II yang ke-4 tu la yang paling penting..  ada lagi ciri-II yang Syida inginkan tapi rasanya cukuplah setakat ini saja yang Syida kongsikan sebab bagi Syida, ciri-II ini yang paling utama buat Syida dalam mencari pasangan hidup..

tapi, itu semua hanyalah sebuah keinginan dari diri Syida.. bila difikirkan balik, siapalah Syida untuk menerima hadirnya seorang insan yang sungguh sempurna untuk dijadikan teman hidup Syida padahal Syida sendiri pun tidak sempurna.. apa yang telah Allah tentukan buat Syida, Syida akan terima dengan redha.. jika dimakbulkan keinginan Syida, Syida memang bersyukur sesangat..

okaylah, Syida tak nak tulis panjang-II.. tiba-II sedih lak teringat kisah yang dah berlalu.. apa pun, hidup haruslah sentiasa memandang ke hadapan dan jangan toleh ke belakang.. terima kasih pada yang sudi singgah blog Syida dan membaca entry Syida..

Syida nak tag
kamu, kamu dan kamu yang sedang membaca entry Syida nie

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Nikah Khitbah

hello peeps!! hello reader's, hello friend'z!! dah lama Syida tak apdet blog.. terasa malas sesangat, tambahan lagi sekarang tengah dalam bulan final exam.. memang tak terapdet la, nak join contest pun macam sempat tak sempat lak kan.. hehe...

ha korang.... dah baca kan tajuk entry Syida kali nie.. hehe.... (senyum sampai ke telinga) kali nie Syida nak kongsikan pasal Nikah Khitbah ataupun yang lebih dikenali dengan Nikah Gantung.. macam menarik je kan tajuk nie.. bagi Syida memang menarik pun, tadi Syida jenjalan la kat uncle Google.. so, terjumpa la artikel pasal Nikah Gantung nie.. haa, jom kita baca sesama...

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

sumber daripada blog Kursus Perkahwinan.. nak tahu apa-II lagi yang bermain di fikiran korang, korang leh la gi terjah blog tu okay.. banyak manfaatnya..

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Wednesday 14 March 2012

Contest Edit Gambar Paling Cool By Aznie


Hello all's.. Hari nie Syida tak de nak apdet apa-II just nak masuk satu contest nie, tertarik ngan tajuk contest yang di anjurkan.. Nak tahu contest ape?? Jom kita terjah!!! Hehe...

Nie banner untuk contest yang Syida nak join tu, comel kan??
cepat angguk.. hehe....
Boleh click kat banner tu untuk terus ke entry owner yang buat contest nie kay..

Semua terma dan syarat-II ada kat entry tu ye.. Jemput-II la terjah.. Nak tahu hadiah?? Ha, ada kat ENTRY yang nie, just CLICK je.. Okay, sekarang nie Syida nak tempek lak gambar-II yang Syida nak pertaruhkan.. Hehe...





Hehe... Sekali letak sampai 4 gambar.. By the way, semua gambar di atas nie Syida edit guna software Adobe Photoshop.. Syida edit pun simple-II je.. Syida tak mengharap sangat untuk menang tapi kalau dah rezeki Syida dapat menang, alhamdulillah..
Sekarang Syida nak tagkan 2 orang nie ye..
Tyqa yang comel
Ikin yang cute

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Sunday 11 March 2012

Passion


Morning all's!!! Perghhh!!!! Dah pukul 5.30 pagi tapi Syida still tak tido gi.. Tiba-II lak teringin nak apdet BLOG Syida yang dah lama giler-II tak terapdet nie ha.. Dah banyak habuk-II n sawang-II kat dalam blog nie.. Ish, apa punya pemalas tol la Syida nie kan.. hehe...

By the way, Syida apdet nie pun saja-II nak kongsikan apa yang Syida buat sepanjang hari nie sampaikan sekarang tak tido g.. Nak tahu tak?? Cepat angguk, lau tak Syida tak nak kawan ngan korang.. macam la orang nak sangat kawan ngan Syida nie kan..hehe.... Hobi sepanjang hari nie, buat nama la.. Perghh, cakap macam semua orang tahu kan apa yang Syida buat.. Haha... Boleh cakap ke?? Tak ke sekarang Syida ngah menaip.. Haha....

I'AMOUR DE MON COUER SYAHIRUL
Hehe.. Nak tahu apa maksud tu??
Cari sendiri kat uncle Google Translate.. 

Time Syida buatkan yang nie, rasa macam kelakar sebab buat nama sendiri tapi SAYANG..
Hehe... By the way, i make it for my prince..
Yang Syida rasa tak puas ati, yang prince Syida punya nie lawa sikit dari yang Syida punya..
Jeles taw, walaupun Syida sendiri yang buat dua-II nama nie..

Honestly, Syida suka yang nie..
It's so sweet & so cute..
Suka sangat-II

Okaylah, Syida sempat buatkan 3 gambar tu je.. Ingatkan nak buat lagi tapi Syida kena tidur sekarang lorh.. Insya'allah lau ada umur yang panjang Syida akan apdet lagi.. Hehe... Setakat nie je dulu ye.. Ha, sebelum Syida terlupa,,
Khas buat penganjur-II GA or Contest.. Kalau dah ada pemenang untuk GA or Constest tu nanti.. Just inform kat FB or Fanpage FB Syida tau & Syida mintak maaf kalau Syida lambat untuk tunaikan hadiah-II pemenang sebab sekarang Syida tengah busy sikit coz Syida dah masuk dalam bulan final exam..
Papai all's, insya'allah kita akan berjumpa di lain entry ye.. Happy berblogging to all's people yang datang singgah ke blog Syida yang dah semakin usang nie.. Hehe...


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥