Friday 28 December 2012

Maafkan Aku /╯﹏╰\

terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku sejak akhir-II nie sampaikan aku rasa macam nak gila je melalui semua tu. memang aku akui, hidup kita sebagai manusia di muka bumi nie takkan terlepas dari setiap ujian & dugaan dariNya. tapi entah sampai bila aku akan terus mampu untuk bertahan.
sahabat pernah berkata "sampai bila kau nak terus bersabar macam nie. kalau aku, memang dah mengamuk dah lau orang yang aku sayang buat aku macam tu. sebab kau terlalu berlembut la orang selalu permainkan kau".
apa yang mampu aku lakukan hanyalah senyum & terus tersenyum dengan semua perkara yang aku hadapi. setiap kali masalah aku dengan si dia dapat di hidu oleh kawan-II, ayat itu lah yang akan selalu aku dengar. seperti tiada ayat lain yang dapat dilontarkan pada aku selain daripada ayat itu.
tapi sekarang, aku tak tahu, di manakah hilang nya rasa sabar dalam diri aku. aku tak tahu kenapa kali ini aku merasa kesabaran aku begitu tercabar. bukan niat untuk aku menunjukkan keegoan diri tapi aku sendiri tak tahu kenapa hati aku langsung tidak mahu berlembut.

terluka sangat kah aku?????
kecewa sangat kah aku?????
kosong kah hati aku di saat ini?????
mati kah rasa hati aku ini untuk dia?????

persoalan demi persoalan yang menerpa tapi satu pun tiada jawapan nya. apa lagi yang perlu aku lakukan? bukan niat aku untuk membenci mahupun menyimpan dendam tapi apa yang terjadi terlalu & terlalu melukai hati aku.
kadang-II aku terfikir,
  • aku kah yang bersalah dalam semua perkara yang terjadi ni??
  • aku kah yang tidak reti untuk menghargai??
  • aku kah yang tidak reti untuk mencintai??
  • aku kah yang tidak tahu untuk menjaga hati dia??
  • aku kah yang tidak memahami dia??
  • adakah aku terlalu mengawal setiap gerak geri dia sehingga kan dia merasa tidak selesa??
tanpa aku sedari, perlahan-lahan diri aku telah menghilang. hilang kerana terlalu memendam rasa.
apa yang pasti, buat insan yang aku sayang & cintai yang teramat sangat,
  • bukan niat diri ini untuk marah
  • bukan niat diri ini untuk terlalu menyalahi
  • bukan niat diri ini untuk membalas setiap kesalahan itu dengan cara yang serupa
  • bukan niat diri ini untuk melukai
apa pun yang terjadi, insya'allah perasaan aku tak akan pernah berubah. namun, seandainya perasaan ini bakal berubah, maafkan lah aku. namun aku percaya pada satu kata "andai telah tertulis jodoh itu ada buat kita, walau sejauh mana pun diri ini menjauh & berlalu pergi, suatu saat nanti pasti diri ini akan kembali lgi pada dirimu. namun, jika jodoh itu bukan buat kita, walau sekuat mana pun kita menggengam, walau serapat mana pun diri kita, pasti akan terpisah jua akhirnya"
p/s : aku terlalu menyayangi & menyintai kau. aku terlalu sayangkan hubungan kita. doa kan lah agar semua nya kan kembali seperti biasa lagi. doa kan lah agar hati aku ini dapat menjadi lembut kembali. sesungguhnya kehilangan & perpisahan itu amatlah menyakitkan. Only you in my heart, no one else & u know it

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Sunday 16 December 2012

Love U Mom


hye awak-II yang handsome, cantik, comel, manis.. baru berkesempatan nak apdet blog ni.. masa bukan tak ada tapi line tenet ni mengalahkan siput babi lembabnya.. hehe...

hari ni kan, Syida nak apdet pasal mummy Syida.. cayang mummy ketat-II tau.. muahh :* hehe... Syida bukan nak bercerita tapi Syida just nak tunjuk mummy Syida kat awak-II semua..

my mummy & adik..
comel kan mummy Syida..
Syida yang buat make over tau..
hehe...
suka sangat-II muka mummy Syida yang ni..

mummy Syida ni jarang sangat nak makeup, dia memang super duper simple.. kadang-II tu Syida tegur juga, try buat something different & new tapi jawapan dia "Mak dah tua, tak payah la nak berfesyen or bergaya macam orang muda"

huh... memang la kan, betul juga apa yang mak Syida cakapkan tapi tua or muda, semua orang berhak untuk mengikuti perkembangan dunia sekarang tak kira dalam apa jenis bidang sekali pun.. chewah, kemain lagi ko Syida.. hehehe.... tapi betul kan apa yang Syida cakapkan, yang penting kita tak terlalu over..

okay-II dah tak ada idea nak tulis apa lagi.. nanti-II kita jumpa di next entry.. hehe...

p/s : cayang mummy sangat-II.. terima kasih sebab dah besarkan Syida, bagi pelajaran pada Syida.. Syida minta maaf atas dosa-II & salah silap Syida yang zahir mahupun batin, dari hujung rambut hingga hujung kaki.. insya'allah, kalau di panjangkan umur, Syida akan cuba untuk bahagiakan mummy sampai ke akhir hayat..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Wednesday 28 November 2012

Cinta Dulu VS Cinta Sekarang


hukhuk... banyak nya habuk, lama betul dah tak apdet blog nie.. memandangkan hari nie ada kisah sikit yang nak dikongsikan, tu yang merajinkan jari jemari nie menari atas keyboard PC semata-II untuk apdet.. hehe... kisahnya tak la best sangat pun, ala-ala kadar gitu jer..

mukadimahnya, pagi tadi lepas siap-II nak gi kerja, Syida ada dengar satu stesen radio nie.. rasanya Johor FM la kot, DJ nya cakap pasal cara orang bercinta dan berkomunikasi.. lau dulu-II mesti guna surat then post kat pasangan masing-II tapi sekarang just online jer.. tak kira la online facebook, twitter & yang sewaktu dengannya, konfom dah boleh terjadi nya hubungan cinta dan komunikasi di antara pasangan yang sedang hangat bercinta gitu.. hehe...

time dengar tu, teringat la time dulu-II.. ada la sorang hamba Allah nie, dia bagi surat kat dia.. tapi bila difikirkan balik, lucu lak, rasa macam nak ketawa guling-II.. hehe... mana tak nya, surat tu dia letak sekali dengan bedak yang bau wangi.. apa lagi, time buka jer surat tu, bedak pun jatuh.. banyak plak tu.. hehe... sampai macam tu sekali la kan nak pikat hati orang yang di inginkan.. tapi apa boleh buat, jodoh tak ada.. kita orang just berkawan jer.. tapi sekarang masing-II dah lost contact.. maybe dia dah nikah kot.. alhamdulillah lau betul, semoga berbahagia sampai ke akhir hayat.. ^_^ ha, tu just kisah pasal admire jer kay..

sekarang nak cerita pasal kisah cinta Syida lak, just cerita macam mana perkenalan terjadi jer, tak lebih dari tu.. kalau korang rasa menyampah dan bosan, korang di alu-II kan untuk tekan button pangkah sudut sebelah kanan atas pc korang tu ha..

okay, perkenalan dengan first ex-bf Syida just melalui kawan karib Syida sendiri.. kebetulan dia pun kawan kepada ex Syida, so, dari situ la kita orang kenal.. kawan Syida la yang jadi perantaraan antara Syida dengan dia.. Syida dengan dia, erm, entahlah nak cakap macam mana but we clash without any reason.. Syida tak pernah pun berdendam dengan dia.. Syida still tahu keadaan dia macam mana but kita orang dah tak contact.. Syida just perhatikan perkembangan diri dia dari jauh.. Syida harap dia akan dapat seorang teman hidup yang dapat membahagiakan dia sampai akhir hayat.. aminn.....

perkenalan dengan second ex-bf Syida lak melalui surat.. fuyoo, cara lama tu.. hehe... tapi sebelum tu ada kisah la sikit kan.. ex-bf Syida nie student baru kat sekolah Syida time tu.. (gatal kan, still budak-II pun dah tahu nak bercinta) haha... but i'm 16 that time okay, not in primary school but secondary school.. time tu Syida daftar lewat seminggu masuk sekolah sebab Syida masih bermaharajalela bercuti di Johor.. haha... masuk jer sekolah seminggu selepas tu, kecoh member-II cakap dia orang ingatkan Syida dah pindah sekolah kat Johor.. haha... sayang juga ea korang kat aq.. masa tu ada la sorang member nie, dia lau jumpa Syida konfom jadi kepala gila-II.. ha, dia la yang inform ada budak baru masuk sekolah Syida time tu & bermula lah kerja gila..

masa tu la member Syida nie cabar Syida tackle budak baru tu.. sebab perangai memang gila-II, Syida terima la cabaran dia tapi untuk separuh jalan jer.. sebab Syida dah give up.. macam-II yang Syida buat, tapi tak ada satu pun yang menjadi.. last-II Syida mengaku kalah.. hehe... but something happen after that.. tanpa di duga & disangka-II, tak lama lepas tu Syida dapat surat perkenalan dari ex-bf Syida tu.. perhh, rasa menyesal tiba-II lak sebab terlalu awal mengaku kalah.. haha... (jahat betul kan) walaupun kita orang satu sekolah tapi kita orang still berhubung melalui surat sampailah kita orang couple tapi belum berhenti lagi utus-II surat.. kita orang stop berkomunikasi guna surat setelah hubungan kita orang masuk 3 or 4 bulan lau tak silap la.. tapi last-II hubungan nie pun terputus tengah jalan, alasan nya sebab family tak restu & jarak jauh (sebab lepas habis sekolah, Syida terus pindah Johor) sedih giler masa tu, tuhan jer yang tahu macam mana sayangnya Syida pada dia masa tu.. tapi Syida belajar untuk redha walaupun mengambil masa yang terlalu lama..

lepas tu, lama juga Syida single sebab kecewa yang amat sangat.. chewah, ayat tak boleh bla kan.. setelah 2 tahun lebih berlalu, baru la Syida couple dengan ex-bf Syida yang seterusnya.. ha, perkenalan dengan dia melalui laman chat handphone iaitu frenclub.. siapa yang layan frenclub, angkat kening.. haha... erm, tak ada apa-II yang istimewa pun pasal ex-bf Syida yang nie but yang istimewa bagi Syida ialah, Syida dengan dia couple jarak jauh.. tak pernah walau sekali pun jumpa & Syida syukur sangat-II sebab dia memahami keadaan hubungan kita orang.. tapi sayang, hubungan kami just dapat bertahan selama 1 tahun lebih jer sebab dia kembali balik pada kekasih lama dia.. so sad, but i learn to let it go..

and the lastly story is with my beloved bf now.. Syida kenal dia dari muka buku (facebook) la katakan.. mula-II kenal tu Syida just nak berkawan jer dengan dia, tak lebih dan tak kurang (chewah-II, bermadah-II) hehe... dah lama kenal & contact-II, tiba-II jer dia minta buat relationship dengan dia kat facebook.. ada la dalam 2 ke 3 hari Syida fikir semasak-II nya sampaikan dah hangus Syida fikir baru Syida bagitahu yang Syida nak accept but just for a fake relay.. punya lah roommate Syida happy giler sebab Syida dah ada bf baru (masa tu Syida study kat kolej gi) tapi dia orang tak tahu pun Syida just buat fake relay.. haha... semua tertipu.. ;p

tapi fake relay tu just untuk beberapa hari jer.. Syida pun fikir gak, takkan nak permainkan perasaan orang kan.. so, Syida decide untuk serius & alhamdulillah, sampai ke hari nie hubungan nie still mampu untuk bertahan walaupun pernah ada gelombang ombak yang besar menghempas.. walaupun hubungan nie still baru lagi tapi Syida harap sangat akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.. kenangan yang tercipta, Syida harapkan akan terus mewangi bukan sekadar untuk dijadikan kenangan hampa.. aminn...

p/s for my hubby : all my ex-bf is my past but you is my future.. whatever happen, i will try to be the best for you & for our love.. saya akan cuba untuk membahagiakan awak & menjaga hubungan kita dengan sebaik yang mungkin..
tepek 1 pic dengan my lovely hubby..
i love u so much taw..
kita orang tak la sweet macam awak-II semua..
tapi bagi Syida, dia sweet sangat pada pandangan mata Syida..
sebab tu semakin hari, Syida semakin sayang & cintakan dia..
hehe...

kesimpulan nya, percintaan Syida memang sama jer dengan cinta dulu & cinta sekarang.. tapi bagi Syida, cinta yang dulu lagi best dari cinta sekarang sebab kita akan dapat rasa rindu tu macam mana.. tapi sekarang, lau online facebook pun dah boleh buat video call, dah boleh nampak muka orang yang tersayang.. macam tak syok pulak kan.. hehe... so, apa plak pendapat korang?? jom share.. ^,^
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Sunday 23 September 2012

Mengapa Perlu Begitu??


hai-II (sambil-II lambai tangan).. actually Syida ngah dok buat report untuk final projek & awal bulan Oktober nie dah kena menjejakkan kaki ke kolej tercinta semula untuk presentation final projek.. huh!!! agak tension sedikit dengan report, ditambah lagi dengan masalah yang bersarang dah sekian lama kat dalam otak Syida nie.. tengah dok membusykan diri dengan report tiba-II Syida teringat akan something.. tu yang dok mengada wat entry nie (hikhik.. ketawa gedik) lagipun lau boleh Syida dah tak nak tinggalkan blog nie lama-II macam dulu..

oppssss, panjangnya plak mukadimah Syida kali nie.. jom-II back to topik..
Mengapa Perlu Begitu????
pertanyaan di atas selalu sangat bermain dalam fikiran Syida sekarang nie.. hampir setiap hari, konfom Syida akan teringat akan pertanyaan yang sedemikian.. MENGAPA?? KENAPA?? Syida pun tak tahu mengapa & kenapa..

okay-II, alkisahnya macam nie.. Syida agak pelik sedikit dengan sikap segelintir kaum Adam nie.. kalau tak suka kat insan yang bergelar Hawa, tak payah la dok maki hamun diaorang dengan perkataan kesat & yang boleh menyinggung perasaan mereka.. nie tak, dok maki hamun sesuka hati diaorang jer.. ingat kaum Hawa nie takde perasaan ke.. huh!!! geram sungguh hati Syida nie..

wahai kaum Adam,
ingatlah, awak semua dapat melihat dunia disebabkan oleh kaum Hawa yang sanggup untuk membawa dua jasad dalam diri mereka selama 9 bulan lebih, selepas itu sanggup untuk berkorban nyawa melahirkan awak semua.. tak pernah ke korang fikir??

tahukah awak semua, syurga itu berada di bawah telapak kaki seorang insan yang bernama IBU dan insan itu juga merupakan kaum HAWA.. mengapa perlu awak-II menghina dan memaki hamun kaum hawa sesuka hati awak semua?? pernahkah awak semua terfikir, jika ibu anda berada di tempat insan yang anda hina & maki hamun tu.. bagaimanakah perasaan mereka, terguris,kecewa,terluka ke tak??

okay-II, take it easy Syida (pesan pada diri agar sentiasa mengawal emosi).. entry ini just sebagai perkongsian apa yang terlintas di fikiran Syida selama nie.. apa-II pun, Syida tak la menyalahkan 100% kepada kaum Adam sebab kaum Hawa pun ada juga yang bersikap macam tu..

so, lastly from me.... apa-II pun keadaan, janganlah kita memaki hamun dan menghina orang lain mengikut sesedap perisa yang kita nak.. fikirkanlah juga baik buruknya..

segala dosa kita terhadap Allah, insya'allah kita memperolehi keampunan dari-Nya.. tapi dosa terhadap sesama manusia, jika tidak mendapat pengampunan dari insan tersebut akan membuat kita hidup dalam keadaan yang tidak tenang..
renung-II kan lah dan selamat beramal.. Syida minta maaf andai coretan Syida kali nie ada mengguris hati sesetengah pihak.. Syida pun bukannya baik sangat cuma Syida rasa tak salah kiranya kita saling mengingati.. segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan segala yang buruk itu datangnya dari diri Syida sendiri..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Thursday 20 September 2012

My Love Will Always Be With You

hai all friend, stalker, silent reader n yang sewaktu dengannya.. rasanya dah terlalu lama Syida tak apdet blog, habukII, sawangII tak payah cakap la kan.. last Syida apdet 15 Jun yang lepas.. ha, sekarang dah 20 September lorh.. lama tu........... (O_o) eyh, korang lapII la sikit pc, lappy korang tu, kang tak leh nak baca lak entry Syida nie.. hehe... (ketawa cara gedik)
actually sekarang Syida tengah sedih sangatII.. (T_T) Syida tak sangka orang yang Syida sayang & cinta sangatII sanggup tinggalkan Syida..
awakII.........
entry nie saya buat khas untuk awak.. saya nak awak taw yang saya masih sayang & cintakan awak.. saya tak dapat nak lupakan awak.. saya berharap sangatII awak akan kembali bersama saya lagi walaupun saya taw harapan saya itu akan jadi siaII tapi saya sanggup tunggu selagi hati saya masih memihak pada awak..
awak, awak ingat kan permulaan kisah kita.. semua tu saya masih ingat n masih segar dalam ingatan saya sampaikan kadangII saya rasa macam baru semalam jer kita kenal..
awak, video nie saya buat khas untuk awak..
segala kisah kita saya ceritakan dalam video nie..

saya minta maaf kalau awak tak suka tapi saya nak awak taw betapa pentingnya awak dalam hidup saya..
awak...
saya masih mengharapkan sinar bahagia itu kembali seperti dulu.. kasih sayang & cinta saya pada awak takkan semudah kata untuk dilupakan mahupun ditukar ganti..

andai awak taw, betapa rindunya saya pada awak di saat nie..rindu yang teramat sangat....... andai awak tengah bahagia bersama insan lain di saat ini, saya minta maaf sekiranya coretan ini mengganggu kebahagiaan awak.. saya masih akan tetap setia menunggu awak di sini & saya percaya andai telah tersurat jodoh ini ada buat kita, awak pasti akan kembali..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Friday 15 June 2012

Kegilaan Photoshop

hai sume.... (sambilII lambai tangan) hikhikhik... lamanya dah tak apdet blog.. blog pun dah hodoh sekarang nie.. :( sedihnya, tak berkesempatan nak design lawaII.. asyik busy je memanjang.. sawangII nie pun susah na nak dibuang, degil sesangat sumenya.. mencarut kejap..
rindu tak kat itew?? (suara manja + gedik) hehe... Syida tak ada idea nak apdet apa sebenarnya, so, Syida plan nak apdet pasal ada satu tabiat Syida yang tak leh nak ditangani buat masa sekarang.. nak taw apa?? ha, klik SINI dulu..
tabiat yang Syida maksudkan tu adalah edit gambar jer guna photoshop.. hehe... sebelum nie Syida memang suka edit gambar tapi kadangII jer.. sejak akhirII nie jadi tiapII hari lak, tu yang jadi tabiat tu.. memang tak sah lau tak buka photoshop & edit gambar dalam masa 1 hari..
Syida takde idea la nak merepek panjangII.. huhu... meh, Syida nak kongsikan gambarII yang Syida dah edit dengan menggunakan photoshop.. jom kita tengok samaII, abaikan je blog Syida yang hodoh nie.. hehe...


  


gambarII yang kat atas nie, sume nya Syida edit guna actions yang ada dalam photoshop..
senang je, korang download la actions yang lawaII..
nanti dapat la hasil seperti kat dalam gambar di atas..
korang leh download kat deviantART, Syida download dari situ jer..

  
gambarII nie pun Syida baru edit gak dalam beberapa hari yang lepas..
nie just edit yang simpleII jer..
yang lebih advance, tak reti lak..
huhu...

gambar yang nie Syida baru je edit..
hehe...
url pun dah lain kan..
amacam?? okay tak Syida edit?? comel tak?? cepat angguk.. hehe... hope korang tak salah faham la ye, watermark Syida memang pakai Princess Lurvin or url blog jer.. so, nie sume memang hasil tangan Syida sendiri, takde copycat or copydog taw.. by the way, url blog Syida dah tukar taw.. kalau dulu ilusisyida.blogspot.com, sekarang dah tukar kepada ilusisigadis.blogspot.com..
thank'z pada sesiapa yang sudi baca & singgah blog Syida yang hodoh nie.. peace yo ^_^v





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Monday 16 April 2012

Pemenang Contest


Hello all'z.. Banyaknya la sawang-II dalam blog Syida nie.. Erm, mana tak nya, dah lama sangat tak terapdet.. Musim final exam dah habis, sekarang Syida sibuk dengan Latihan Industri lak..
By the way, tujuan Syida nak apdet nie pun satu je.. Nak lunaskan hutang yang dah sekian lama tertunda..
hehe... Hutang Syida kepada Cik Uchiemelawa yang menang salah satu contest yang Syida sponserkan dulu..


Kepada Cik Uchie, Syida dah editkan gambar yang awak bagi hari tu.. Sorry sebab Syida edit biasa-II je.. Syida just pakai photoshop action je untuk edit gambar awak.. Lau ikutkan Syida nak buat yang lagi surprise untuk awak tapi Syida takde masa lak nak design.. Harap maaf sangat-II tau.. Syida harap awak terima la hadiah yang tak seberapa dari Syida nie ye..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Saturday 24 March 2012

Kontest - Dia Dihatiku, Dia Idamanku



hello-II!!! Syida nak join satu kontest nie.. dari hari tu dah Syida nak join tapi tak berkesempatan, nasib baek tak due date gi.. hehe.... apa lagi, meh r join reramai..

kat atas nie banner untuk kontest yang Syida nak join..
lau ada yang berminat, korang leh la klik banner tu ye..
nanti dengan lajunye akan menerjah ke owner blog yang membuat kontest nie..
hehe....

okay, lau korang nak tahu syarat-II untuk menyertai kontest nie, korang boleh la klikbanner kat atas tu ye.. syarat-II nye mudah je, percayalah.. hehe.... macam lagu Dato' Siti Nurhaliza lak kan.. perghh, merapu jap..

Syida nie tak kahwin lagi, so, Syida just boleh kemukakan ciri-II untuk pasangan hidup Syida je..
ini ciri-II nye :


1) Syida suka yang simple-II je
 
2) Syida tak suka lelaki yang memakai aksesori seperti perempuan kecuali cincin
 
3) Syida tak suka lelaki yang merokok terutamanya merokok depan Syida
 
4) yang paling penting bagi Syida, Syida nak lelaki yang boleh membimbing Syida ke jalan yang diredhai Allah, yang dapat memberi sepenuh kasih sayang kepada Syida dengan ikhlasnya kerana Allah S.W.T
bagi Syida, ciri-II yang ke-4 tu la yang paling penting..  ada lagi ciri-II yang Syida inginkan tapi rasanya cukuplah setakat ini saja yang Syida kongsikan sebab bagi Syida, ciri-II ini yang paling utama buat Syida dalam mencari pasangan hidup..

tapi, itu semua hanyalah sebuah keinginan dari diri Syida.. bila difikirkan balik, siapalah Syida untuk menerima hadirnya seorang insan yang sungguh sempurna untuk dijadikan teman hidup Syida padahal Syida sendiri pun tidak sempurna.. apa yang telah Allah tentukan buat Syida, Syida akan terima dengan redha.. jika dimakbulkan keinginan Syida, Syida memang bersyukur sesangat..

okaylah, Syida tak nak tulis panjang-II.. tiba-II sedih lak teringat kisah yang dah berlalu.. apa pun, hidup haruslah sentiasa memandang ke hadapan dan jangan toleh ke belakang.. terima kasih pada yang sudi singgah blog Syida dan membaca entry Syida..

Syida nak tag
kamu, kamu dan kamu yang sedang membaca entry Syida nie

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Nikah Khitbah

hello peeps!! hello reader's, hello friend'z!! dah lama Syida tak apdet blog.. terasa malas sesangat, tambahan lagi sekarang tengah dalam bulan final exam.. memang tak terapdet la, nak join contest pun macam sempat tak sempat lak kan.. hehe...

ha korang.... dah baca kan tajuk entry Syida kali nie.. hehe.... (senyum sampai ke telinga) kali nie Syida nak kongsikan pasal Nikah Khitbah ataupun yang lebih dikenali dengan Nikah Gantung.. macam menarik je kan tajuk nie.. bagi Syida memang menarik pun, tadi Syida jenjalan la kat uncle Google.. so, terjumpa la artikel pasal Nikah Gantung nie.. haa, jom kita baca sesama...

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

sumber daripada blog Kursus Perkahwinan.. nak tahu apa-II lagi yang bermain di fikiran korang, korang leh la gi terjah blog tu okay.. banyak manfaatnya..

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Wednesday 14 March 2012

Contest Edit Gambar Paling Cool By Aznie


Hello all's.. Hari nie Syida tak de nak apdet apa-II just nak masuk satu contest nie, tertarik ngan tajuk contest yang di anjurkan.. Nak tahu contest ape?? Jom kita terjah!!! Hehe...

Nie banner untuk contest yang Syida nak join tu, comel kan??
cepat angguk.. hehe....
Boleh click kat banner tu untuk terus ke entry owner yang buat contest nie kay..

Semua terma dan syarat-II ada kat entry tu ye.. Jemput-II la terjah.. Nak tahu hadiah?? Ha, ada kat ENTRY yang nie, just CLICK je.. Okay, sekarang nie Syida nak tempek lak gambar-II yang Syida nak pertaruhkan.. Hehe...





Hehe... Sekali letak sampai 4 gambar.. By the way, semua gambar di atas nie Syida edit guna software Adobe Photoshop.. Syida edit pun simple-II je.. Syida tak mengharap sangat untuk menang tapi kalau dah rezeki Syida dapat menang, alhamdulillah..
Sekarang Syida nak tagkan 2 orang nie ye..
Tyqa yang comel
Ikin yang cute

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Sunday 11 March 2012

Passion


Morning all's!!! Perghhh!!!! Dah pukul 5.30 pagi tapi Syida still tak tido gi.. Tiba-II lak teringin nak apdet BLOG Syida yang dah lama giler-II tak terapdet nie ha.. Dah banyak habuk-II n sawang-II kat dalam blog nie.. Ish, apa punya pemalas tol la Syida nie kan.. hehe...

By the way, Syida apdet nie pun saja-II nak kongsikan apa yang Syida buat sepanjang hari nie sampaikan sekarang tak tido g.. Nak tahu tak?? Cepat angguk, lau tak Syida tak nak kawan ngan korang.. macam la orang nak sangat kawan ngan Syida nie kan..hehe.... Hobi sepanjang hari nie, buat nama la.. Perghh, cakap macam semua orang tahu kan apa yang Syida buat.. Haha... Boleh cakap ke?? Tak ke sekarang Syida ngah menaip.. Haha....

I'AMOUR DE MON COUER SYAHIRUL
Hehe.. Nak tahu apa maksud tu??
Cari sendiri kat uncle Google Translate.. 

Time Syida buatkan yang nie, rasa macam kelakar sebab buat nama sendiri tapi SAYANG..
Hehe... By the way, i make it for my prince..
Yang Syida rasa tak puas ati, yang prince Syida punya nie lawa sikit dari yang Syida punya..
Jeles taw, walaupun Syida sendiri yang buat dua-II nama nie..

Honestly, Syida suka yang nie..
It's so sweet & so cute..
Suka sangat-II

Okaylah, Syida sempat buatkan 3 gambar tu je.. Ingatkan nak buat lagi tapi Syida kena tidur sekarang lorh.. Insya'allah lau ada umur yang panjang Syida akan apdet lagi.. Hehe... Setakat nie je dulu ye.. Ha, sebelum Syida terlupa,,
Khas buat penganjur-II GA or Contest.. Kalau dah ada pemenang untuk GA or Constest tu nanti.. Just inform kat FB or Fanpage FB Syida tau & Syida mintak maaf kalau Syida lambat untuk tunaikan hadiah-II pemenang sebab sekarang Syida tengah busy sikit coz Syida dah masuk dalam bulan final exam..
Papai all's, insya'allah kita akan berjumpa di lain entry ye.. Happy berblogging to all's people yang datang singgah ke blog Syida yang dah semakin usang nie.. Hehe...


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Saturday 11 February 2012

☜♡☞ 222 ☜♡☞


hello!!! hello!!! lama dah tak apdet blog.. sebenarnya banyak yang Syida nak sharekan ngan korang tapi sejak kebelakngan nie Syida sibuk ngan assignment.. tak dapat nak berkongsi cerita ngan korang.. :'( cedeyh kan.. dah-II lap airmata tu.. hehe...

back to topic okay.. ha....................... apa yang 222 tu?? cantik tak nombor tu?? Syida memang tunggu-II saat ketibaan nombor tu.. hehe... alkisahnya, sebelum tu Syida bersyukur sangat-II sebab ramai yang sudi follow blog Syida yang serba kekurangan nie.. lagipun, nie juga atas jasa baik penganjur-II contest yang Syida sponserkan contest diaorang.. erm, sponser yang biasa-II je, maklumlah, Syida pun baru lagi la kan dalam dunia blog nie.. terima kasih je korang.. muahhh, sayang korang... hehe...

okay-II, yang "222" tu adalah jumlah follower yang dah follow blog Syida nie and Syida pun memang tunggu-II jugak siapa lah kan yang akan jadi follower yang ke-222 nie.. kenapa 222?? sebabnya Syida minat nombor 2, even birthday Syida pun jatuh pada tarikh berangka 2.. siapa lah follower Syida yang ke-222 tu?? jeng jeng jeng... tu dia, kat bawah nie ha...

|
|
|
|
v


orangnya yang Syida halakan anak panah merah tu ha.. 
nama dia NURUL IZZAH..
comel je orangnya..


jom ramai gi terjah blog dia.. klik SINI ye.. lau nak klik kat nama dia kat atas nie pun leh gak.. blog dia pun sedap je mata memandang.. part yang best bagi Syida kat blog dia nie, lagu yang mendayu-dayu kat dalam blog dia tuh ha.. suka lagu tu.. by the way, enjoy blogwalking ke blog dia kay..


sebelum saya terlupa buat Izzah, please pm Syida di SINI ye.. Syida ada something untuk awak sebab jadi follower saya yang ke-222.. ≧✯◡✯≦✌

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Monday 6 February 2012

Yang Bulat Datang Bergolek, Yang Pipih Datang Melayang


morning!! morning!! mornig all's!! hello reader's, friend's, stalker's... ^_^v dah berapa hari tak apdet.. huhu... bukan sebab takde masa tapi sebab takde idea nak apdet apa.. lau apdet yang entah apa-II, nanti takde yang nak datang bertandang lak kan.. hehe...

hasil daripada jogging pagi-II kat uncle Google, terjumpalah satu pepatah nie.. nak tahu apa?? jom kita skodeng.. hehe...

Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

entah macam mana pepatah nie boleh menawan hati Syida, Syida pun tak tahu.. hehe... apa pun, maksud pepatah tu adalah

Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-II sahaja

actually Syida tertarik ngan perkataan bergolek tu ha.. hehe... tu je yang Syida nak kongsikan pagi-II nie..
got to go dear, nak pi mandi.. bucyuk dah nie.. ^_^v hope u all happy reading..
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Friday 3 February 2012

Thank's Awak ^_^v


halo peeps!!! hari nie bukak je blog, terbaca satu komen kat CBOX nie ha.. komen nya berbunyi seperti ini :


Syida tak terkejut pun dapat komen yang macam tu sebab Syida dah pernah alami pun..
terima kasih ye awak sebab bagi komen yang membina buat saya..
saya memang orang kampung, saya bukannya orang bandar macam awak..
apa pun, Syida memang tak ambik hati pun ngan apa yang dia komenkan tu..
adat manusia memang macam tu, takde yang sempurna..
cuma Syida nak pesan..
lain kali jangan la buat macam nie kat orang lain..
sebab perkara macam nie boleh mendatangkan kemarahan kepada pihak yang berkenaan..
kita sesama manusia, adat tu mesti ada..
kalau ye pun nak tegur or bagi pendapat, bagilah dengan menggunakan budi bahasa yang sopan sikit..
ingatlah, semua manusia ada perasaan..
thank's sekali lagi ye awak sebab bagi komen yang macam nie..
insya'allah Syida akan edit lagi blog Syida nie agar setiap pengunjung yang datang bertandang rasa gembira bila masuk blog Syida..
by the way, thank's ya..
peace ^_^v

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Wednesday 1 February 2012

Cik Lyssa Follow Blog Ite


hello!!! hello!!! hello!!!
walaupun tengah panas hati nie tapi kena cool gak.. bukak je blog, Syida dapat satu komen kt CBOX Syida..
komen nye seperti di bawah nie.. hehe....

tak mau la jeles-II ye, Syida pun tak sangka Lyssa nak follow blog Syida yang tak seberapa nak cantik, comey dan lawa nie..

eyh, ada yang kata Syida tipu ke?? lau tak caya, meh Syida tunjuk bukti.. haha.....

tengok tu, siap letak anak panah dan bulatkan lagi..
hehe...
tak lupe jugak yang len-II yang dah singgah dan tinggalkan jejak kat blog Syida nie..
terima kasih sebab sudi singgah kat teratak usang Syida nie..
love u all..

tengok anak panah tu..
Syida siap tunjukkan muka cik Lyssa kita yang comey nie..
but follower-II Syida yang len pun comey-II dan nsem-II jugak taw
tanpa korang sume, kosong je blog Syida nie..
terima kasih ye pada yang dah follow Syida..

untuk cik Lyssa
terima kasih sebab sudi follow blog Syida yang tak seberapa nie.. by the way, tutorial Lyssa memang senang nak di ikuti.. walaupun Syida nie IT student tapi Syida tak la sehebat Lyssa.. hehe... ayat bodek seyh.. thank's ye Lyssa



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Tuesday 31 January 2012

You The First But Not The Last..



tetiba lak teringat kat someone pagi-II buta macam nie.. eyh, pagi pun buta ke?? erm, whatever la.. entry nie Syida saja-II je buat, dah tak taw nak luahkan kat sape, so, luahkanlah kat blog tercinta nie je.. kalau rasa-II tak nak teruskan membaca, korang leh pangkah je tanda "X" kat sudut atas kanan korang tu.. huhu...

erm, dah lama rasanya 'dia' tinggalkan Syida tapi tak sedikit pun ingatan nie dapat lupakan dia.. entah kenapa bila ronda-II kat facebook tadi boleh lak terniat nak tengok facebook adik dia.. yang Syida tak sangka, Syida dah boleh view profile facebook dia.. mana tak nye, sebelum nie dia blok kan Syida kat facebook.. banyak kenangan yang terukir antara Syida dan dia.. tengok gambar dia je Syida dah rasa sebak.. almost four year being together as a lover, that make me can't forget him for the whole of my life.. seriusly, Syida memang tak pernah lupakan dia..

although you are the first that touch my heart but i know you will never be the last even though i hope so much that u will be the last.. bagi Syida dia la segala-IInya.. walaupun ada yang akan bertanya siapakah gerangan insan yang sentiasa berada di hati Syida dan tak luput dari ingatan Syida, sememangnya Syida akan jawab 'dia' lah orangnya..

cuma Syida terkilan, kerana takdir memisahkan jarak antara kami, dia sanggup untuk membuat keputusan untuk leraikan ikatan yang dah terjalin sekian lama antara kami berdua tapi dengan alasan bahawa hubungan tak direstui.. mengapa harus pada saat itu?? mengapa tidak dari mula lagi?? cedeyh rasanya bila mengenangkan cinta lama yang telah berkubur tiba-II singgah di ruangan minda..

tapi, apa yang terjadi mungkin ada hikmahnya.. jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan tuhan.. jika dikehendaki sesuatu itu terjadi, akan terjadi juga walaupun kita tak menginginkannya..

saat bercinta, gambar kita jadi wallpaper untuk nset dia tapi sekarang..
entah-II gambar-II Syida dia dah buang..
by the way, see that key-chain??
key-chain tu Syida yang bagi kat dia, siap ada nama Syida dan dia, tarikh couple dan lagu couple..

nampak tak cincin kat tangan dia tu??
yang syida tunjukkan dengan anak panah merah tu..
cincin tu Syida yang bagi kat dia..
Syida ukur guna jari mak cik, alhamdulillah dapat jugak masuk kat jari dia..


yang dua kat atas nie gambar yang dia edit time dia mula-II masuk study kat politeknik mukah..
time tu dia ambik jurusan IT la katakan..
so, dia editkan gambar-II nie untuk Syida..
masa tu Syida tak taw pun pasal edit-II gambar nie..

Syida suka gambar dia yang nie..
so sweet..

p/s:
buat Muhamad Muazzad
firstly, i want to apologize if u angry coz i upload ur picture here.. selama beberapa tahun kita terpisah, hari tok ingatan kamek terhadap kitak jadi terlalu kuat sebab ya kamek decide untuk polah entry tok.. mungkin kitak akan baca, mungkin juwak sik.. apa pun, perasaan sayang kamek terhadap kitak still ada tapi hanyalah secebis jak.. kitak pun dah bahagia kinek, so, sikda guna untuk kamek kaco kebahagiaan kitak.. bukan niat kamek untuk membalas, tapi kamek pasti, suatu saat lak kitak akan rasa apa yang kamek rasa dolok.. mungkin kitak dah sik ingat apa yang dah kitak polah kat kamek tapi kamek akan tetap ingat sampey bila-II.. sik mungkin bagi kamek melupakannya.. berbahagialah kitak sementara kitak masih dapat untuk menikmati kebahagiaan ya.. terima kasih sebab penah membahagiakan kamek.. terima kasih sebab penah jadi sebahagian dari hidup kamek.. sesungguhnya, kehadiran kitak adalah anugerah terindah yang penah ada dalam hidup kamek..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Wednesday 25 January 2012

How Could It Be (All FB Profile Will Turn Automatically to FB Timeline Profile)


hello all's.. penatnya hari nie, baru je balik kolej kena g kelas.. aduh, lepak seyh.. erm, balik je dari kelas terus online.. hehe... (kata penat tapi online gak kan.. hampeh tol la minah nie) haha... nak wat camne kan, dah jadi rutin kot..
erm, tadi jalan-II kat facebook, terjumpa satu post nie ha..
aduh, haruskah tukar ke facebook timeline?? leceh ceyh, tak suka la facebook timeline tu.. macam merepek jer, buat pening kepala ada la.. (setuju tak?? bek setuju cepat.. haha....) Syida tak tukar lagi pun profile fb Syida.. erm, nak kena tukar jugak la alkisahnya nie sebelum pihak fb yang tukarkan.. aduh-II !!!
meh Syida ceritakan serba sedikit tentang timeline nie..

Profile Facebook Timeline ini merupakan halaman reka bentuk radikal baru yang telah dilancarkan sekitar akhir September 2011.. ianya diumumkan oleh Mark Zuckerberg pada persidangan Facebook F8.. 
Facebook Timeline membuat perubahan pada profile yang sedia ada daripada senarai kemas kini terbaru anda untuk ringkasan lengkap anda.. ia termasuklah gambar, video, update status dan lokasi-II yang telah anda lawati.. profil baru ini terbahagi kepada dua tiang utama dengan line down tengah-II yang mewakili peredaran masa.. pengguna digalakkan untuk menambah atau melengkapkan peristiwa hidup masing-II, khususnya apa yang berlaku sebelum menyertai Facebook.. 
timeline menggunakan algoritma untuk menilai saat-II yang paling penting dalam hidup anda yang kemudiannya boleh diubah atau disunting untuk kepuasan anda.. kemaskini yang tidak diingini dapat disembunyikan daripada timeline.. facebook menyediakan timeline untuk diuji oleh pengguna pada 22 September 2011.. kritikan facebook timeline termasuklah tuntutan yang meminta pengguna untuk melengkapkan profile mereka, facebook memohon untuk mendapatkan lebih banyak data pengguna untuk membuat perkhidmatan lebih menarik kepada pengiklan..
facebook timeline masih belum dilancarkan kepada semua 800 juta pengguna.. 
itulah serba sedikit tentang facebook timeline.. credit to this web..
this is what i mean All FB Profile Will Turn Automatically to FB Timeline Profile.. jom baca :
jika anda salah seorang daripada pengguna facebook yang telah melihat Timeline dan menjauhinya, rangkaian sosial terbesar di dunia ini mempunyai beberapa berita buruk untuk anda iaitu pada hari-II mendatang, anda tidak akan mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan timeline..
facebook mengumumkan dalam post blog bahawa timeline akan dibawa kepada semua 800 juta pengguna rangkaian sosial "dalam tempoh beberapa minggu akan datang".. setelah menggunakan timeline, pengguna mempunyai tempoh selama 7 hari untuk preview apa yang pengguna ingin pamerkan sebelum ianya secara automatik akan menolak ciri-II tersebut..
facebook memperkenalkan timeline pada sidang F8 pada bulan September tahun lpas.. pada sidang tersebut, pengasas bersama facebook dan CEO Mark Zuckerberg berkata bahawa ciri tersebut adalah "satu cara untuk memberitahu semua kisah-II penting daripada hidup anda pada satu halaman".. 
selain daripada memaparkan "penutup gambar" di bahagian atas profil pengguna dan maklumat asas di bawahnya, timeline juga membuat penyenaraian tahun pada sidebar kanan mengikut susunan kronologi yang mana pengguna boleh klik untuk melihat apa yang orang lain telah kongsikan di laman web ini.. 
credit to this web.. 
huh!! that's mean we all must accept that Timeline profile even we dont want to use it.. how could it be right?? chewah-II, speaking lak dah.. huhu... penat lorh translate kan tapi takpe, untuk all my readers and followers.. it's just okay.. ;) wink wink.. hehe...
lastly, jom ramai-II tukar ke timeline nie sebelum pihak fb sendiri yang menukarkannya.. thank's sebab baca entry yang panjang berjela nie..
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

Tuesday 24 January 2012

Freebies : Cursor Anime [Part 1]


hye-II.. hr nie kegilaan untuk buat cursor memang ketara.. untuk peminat anime, meh datang amek cursor nie.. Syida bg khas untuk korang tapi sowie sebab tak lawa.. Syida tahu korang boleh buat lagi lawa and comel.. tapi Syida tetap nak bagi gak.. hehe... tak salah kan.. by the way, lau dah amek tu, bagitahu la ye.. love u all's..
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor9-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor8-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor7-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor6-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor5-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor4-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor3-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor1-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor10-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor12-1.png
http://i1234.photobucket.com/albums/ff413/princess_lurvin/freebies/cursor11-1.png

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥