Wednesday 11 January 2012

Adakah dia jodohku??


assalamualaikum...
 slmt mlm reader's sekalian..

jika kamu merasakan bahawa dia adalah jodohmu  , adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan daripada membawa kamu kepada alam kemungkaran..

ketika cinta kamu berputik dan kamu sendiri mengakuinya di dalam hati bahawa kamu sayang padanya dan hati kamu punyai rasa cinta padanya.. renunglah seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia..


jika cinta Allah lebih kamu sayang, letakkanlah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu..



apabila kisah cinta bermula, dari satu episod ke satu episod yang lainnya.. renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti??

pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka?? jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu.. jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi.. dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah..

bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya dan kadang-kala ia di luar jangkaan kamu.. namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan..

kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah.. mohonlah ditunjukkan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu.. jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terimalah qada' Allah dengan redha, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu..

jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh.. itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.. cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga..


cinta berputik biar bertapis agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T..




sumber dari iluvislam


dah baca artikel kat atas nie yang Syida kepilkan dalam post Syida kali nie?? kadang-II Syida pun terfikir dalam hubungan Syida dengan hamba Allah yang bergelar lelaki "Adakah dia jodohku??".. menyintai, menyayangi dan merindui memang satu perasaan yang sangat indah yang Allah anugerahkan kepada setiap hambanya.. setiap daripada kita mesti pernah melaluinya, namun ketika ujian datang dariNya untuk kita.. sering kali kita menyalahkan qada' dan qadar yang dah tertulis buat kita.. apapun, Syida harap artikel yang Syida kongsikan nie dapat membantu kita serba sedikit dalam menuju kehidupan yang diredhai oleh nya.. amin...........

p/s:
isi kandungan artikel yang sebenar dengan post entry Syida nie ada sedikit perbezaannya sebab Syida ada ubah sikit-II kandungannya.. kalau nak baca kandungan artikel yang sebenarnya, boleh pergi ke laman web iluvislam..

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

0 cute people opinions:

Post a Comment