Tuesday 10 January 2012

Be Good to Yourself

assalamualaikum..
 Syida apdet lagi..  rasa macam nak apdet setiap saat jer.. ayat tak leh bla r, macam la boleh ye apdet setiap saat.. huhu... okay-II, kita kembali kepada tajuk entry kat atas tu ye.. Syida jumpa nie pun kat laman web iluvislam gak tapi dalam bahasa inggeris.. so, kat cnie Syida translate kan dalam bahasa melayu kay.. cian t korang terkial-II nak faham.. 

Be Good to Yourself 
saja jer tempek gambar nie..
tahu la tak comey tp sweet ada la kan..
hehe... perasan sekejap...

 Percaya pada diri sendiri.. anda tahu apa yang anda mahu dan perlukan..


 Letakkan diri anda sebagai yang utama.. anda tidak boleh jadi apa-II pun untuk orang lain melainkan anda menjaga diri sendiri terlebih dahulu..

 Biarlah perasaan anda dikenali.. mereka yang berada di sekeliling anda adalah penting, berilah pendapat anda.. ia adalah baik untuk mendengar anda bercakap..


 Nilai pemikiran anda.. ambil masa dan ruang yang anda perlukan walaupun orang lain mahu sesuatu daripada anda..


 Jika anda perlukan sesuatu, jangan hanya simpan di dalam hati.. apabila kamu takut, biarlah seseorang tahu.. mengasingkan diri dalam keadaan sebegitu cuma akan membuatkan ianya bertambah teruk..


 Apabila anda merasa seperti ingin melarikan diri, biarkanlah diri anda merasa takut.. fikirkan tentang apa yang akan berlaku yang membimbangkan kamu dan membuat keputusan apa yang anda perlu lakukan..apabila anda marah, biarkanlah diri anda merasai kemarahan itu..


 Tentukan apa yang anda mahu lakukan.. rasailah, nyatakan atau ambillah beberapa tindakan yang anda rasa betul.. apabila anda sedih, berfikirlah tentang apa yang menenangkan..


 Apabila anda terluka, beritahulah orang yang menyakiti anda.. menyimpannya agar tetap berada di dalam hati membuatkan kelukaan tersebut berkembang..


 Mintalah sekiranya anda mahukan sesuatu daripada orang lain.. anda akan baik-II saja sekiranya mereka menolak.. apabila anda memerlukan bantuan, nyatakan dan mintakanlah saja.. tidak terlalu mengharap dan mempercayai orang lain untuk menyatakan tidak jika mereka tidak mahu memberi..


 Apabila orang lain berpaling dari anda, ia selalunya mempunyai kaitan dengan mereka, bukannya dengan anda.. tanyalah orang lain tentang apa yang anda perlukan.. apabila anda merasa keseorangan, anda akan tahu bahawa ada insan yang ingin bersama-II anda..


 Apabila anda berasa bimbang, biarkanlah anda tahu apa yang ada di dalam pemikiran anda.. anda telah berpindah ke masa depan kepada sesuatu yang menakutkan dan badan anda telah mendapat tenaga untuk itu.. kembali ke masa kini apabila anda mahu mengatakan sesuatu kepada seseorang tentang kasih sayang, teruskanlah..


 Apabila seseorang berteriak kepada anda, secara fizikal ia menyokong diri anda dengan bersantai atas kerusi anda atau meletakkan kaki anda teguh di atas lantai.. fikirkanlah tentang mesej yang mereka cuba sampaikan kepada anda..


 Berhentilah daripada mengganggu diri sendiri.. anda akan melakukannya apabila anda memerlukan sesuatu.. fikirkanlah apa yang anda perlukan dan dapatkannya.. apabila semuanya seolah-olah salah,anda akan merasa tertekan dan anda perlukan ketenangan.. selepas itu, barulah anda boleh berfikir tentang apa yang anda perlu lakukan.. 


p/s:
ada serba sedikit yang Syida ubah dari kandungannya okay.. hope u all enjoy baca entry Syida.. komen-II la kalau sudi ye..


credit to iluvislam
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

0 cute people opinions:

Post a Comment