Sunday, 22 January 2012

Kanta Lekap a.k.a Contact Lens




assalamualaikum..
 peps... baru hari nie ada kesempatan untuk apdet blog setelah sekian lama sunyi sepi.. banyak dah sawang labah-II kat dalam blog Syida nie.. ish-II, pemalas betul la Syida nie kan.. hehe... (jadi pemalas sebab banyak assignment lorh nak kena settle)
hari nie Syida nak share pasal kanta lekap a.k.a contact lens.. mesti ramai yang tahu contect lens tu apa kan sebab ramai yang dah pakai contect lens sekarang nie.. Syida pun teringin gak nak pakai tapi buat masa nie tak payah dulu la kot.. hikhik...
kanta lekap merupakan alat pembetulan, kosmetik, ataupun kanta terapeutik (rawatan) yang biasanya diletakkan pada kornea mata.. fungsi kanta lekap adalah sama seperti cermin mata yang merupakan sejenis alat bantuan penglihatan.. cuma, bezanya dengan cermin mata yang berbingkai dan pemakaiannya boleh dilihat manakala kanta lekap pula diperbuat daripada plastik, lebih kecil, nipis, ringan dan melekap pada mata.. selain itu, kanta lekap juga terdapat dalam pelbagai jenis warna..


ini adalah risiko daripada pemakaian kanta lekap:
Iritasi
ianya disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan buta.. ini kerana
kebanyakkan jangkitan mata berpunca  perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna.. penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria juga menjadi punca iritasi ini terjadi..
Pengurangan Oksigen
mata juga memerlukan oksigen, di mana pada waktu tidur kadar oksigen pada mata akan berkurang sebanyak 1/3 dari ketika mata berjaga pada waktu siang.. pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi..
Mata Merah
kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan  teriritasi.. tanda awal ialah  mata menjadi merah.. oleh itu, pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah.. jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi untuk dijangkiti kuman.. jika terdapat kuman dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam..



terdapat beberapa cara pengjagaan kanta lekap yang betul yang dapat diikuti oleh pengguna kanta lekap.. yang paling utamma adalah dari aspek kebersihan, ini termasuklah tangan, kuku, bekas simpanan dan apa saja yang terbabit dengan pemakaian kanta lekap.. kanta juga perlu dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap.. selain itu, jangan pakai kanta lekap yang telah melebihi tempoh yang sepatutnya dan perlulah berjumpa dengan optometris dari semasa ke semasa untuk melakukan pemeriksaan mata walaupun anda pengguna kanta lekap yang tidak mempunyai kuasa untuk pembetulan penglihatan..

bagi pengguna kanta lekap, Syida harap korang mestilah berhati-hati di dalam pemilihan kanta lekap yang sesuai untuk korang sebab selain daripada kebaikkan yang kita perolehi dari memakai kanta lekap, tidak kurang juga keburukkan dan risiko daripada pemakaian kanta lekap itu sendiri..
mata merupakan organ yang sangat penting dalam kehidupan kita dan merupakan anugerah terindah yang ALLAH bagi pada kita.. oleh itu, amat penting untuk kita memeliharanya dengan baik..
Syida harap, serba sedikit dapat berkongsi maklumat dengan rakan-II bloggers sekalian.. komen-II lah ye lau sudi, bagi yang belum follow, tak payah segan silu, tekan jer button follow tu ye (sambil tangan tunjuk kat button follow kat tepi atas sebelah kanan nie ha) hehe.... thank's sebab luangkan masa untuk baca entry Syida nie..
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

2 comments:

  1. Naru suke pakai contc lens..Lagi tips:
    1.pilih power rendah sikit dari pada asal untuk lens sebab lens ni betul2 letak kat biji mata..spek pulak ade jarak antara mata

    2.waktu beli jagan terus pakai sebaliknya rendam lens dengan air yang baru semalaman..lps tu baru pakai

    3.JAGAN TIDO DENGAN LENS YANG MASIH PAKAI

    hehe..

    ReplyDelete
  2. hehe... btl2 ape yg naru bgth tu.. feel free to share kay.. ^_^

    ReplyDelete