Sunday 22 January 2012

Ballet Dance




hello peeps... selamat malam.. tiba-II je malam nie terlintas fikiran Syida nie pasal ballet.. tanpa buang masa Syida terus jelajah uncle Google cari pasal ballet.. hehe... macam teringin lak nak join ballet tapi bolehkah aq?? hikhik..

BALLET merupakan satu bentuk tarian formal yang berasal dari istana pada era Renaissance (Itali), yang kemudiannya berkembang di Perancis dan Rusia sebagai bentuk tarian konsert. i
a merupakan tarian yang berbentuk amat teknikal dengan kosa katanya tersendiri dan berpengaruh sebagai bentuk tarian seluruh dunia yang diajar di sekolah tarian dengan menggunakan kebudayaan dan masyarakat mereka yang tersendiri bagi memodenkan seni tari ini.. tarian ballet direka tarinya dan termasuk membuat mimos, berlakon, dan menurut muzik ballet (biasanya orkestra tetapi kadangkala menurut penyanyi).. ia paling dikenali dalam bentuk ballet klasik, terkenal kerana tekniknya, seperti "en pointe" dan berputar pada hujung ibu jari kaki, lemah gemalai, gerakan tepat, licin, dan kualiti yang berupa syurgawi.. perkambangan lanjut termasuk ballet klasik baru (neoclassical) dan ballet semasa (contemporary).
perkataan ballet berasal daripada bahasa Perancis dan dipinjam ke dalam bahasa Inggeris sekitar kurun ke-17.. perkataan Perancis pula berasal dari bahasa Itali balletto, diambil dari kata ballo(menari).. ballet akhirnya dijejak kepada bahasa Latin ballare yang bererti menari..
itulah serba sedikit tentang ballet yang Syida dapat kongsikan.. teringin lak belajar ballet nie, macam best jer.. hikhik... 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Syida! Jom Like Kalau Suka! ♥

0 cute people opinions:

Post a Comment